Saturday, April 10, 2010

Kerana makna Ku..

Mendungkan berlalu
Bagai awan mengandung butiran jernih
Hanyalah gadis
Dengan berjuta makna

Tatapan diri
Tatapan mata
Seandainya benar
Raguilah segala nista
Lantas di mana maknaku ketika kutahu
Dia sudah mengukir nama dalam cerita langit
Langit tak perlu memberiku kisah dengan makna
Kerna cawan serupa lembah penuh air terukir tanpa kata-kata

Kubu kasih dibina
Terus dipertahankan
Tiada sedetik selancang gusar
Kata tersingkap sekadar helaan

Ertian madah tersimpan
Menjadi tanda
Tanda pada kasih penghormatan

Talian tiada talian
Pada persahabatan
Tiada terungkap
Sedia ada
Hanya direnung sang mentari
Kehujanan membatu
Tersingkap seribu makna
Pada kaki langit pada akhir malam .

No comments:

Post a Comment