Monday, April 5, 2010

Sayang ku Sayang

Okay, i'm going to post this in malay.
Don't ask me why..i just wanna do so.


Hari ini tidak begitu memberangsangkan.
Seperti hari-hari yang lain, saya hanya menatap buku coretan yang tiada tertulis apa-apa.

Tiada gunanya meratap.
Fikiran saya tak seharusnya kusut, tetapi apakan daya, gejolak perasaan terlalu berat dilemparkan.
Semakin hari rasanya semakin kuat debaran hari peperiksaan yang akan tiba dalam masa dua minggu lagi.
Pembentangan bagi PW pula pada hari Khamis.
Haish.
Esok harus siapkan segala yang patut dan berlatih untuk pembentangan tu.
Dah kesuntukan masa pun saya masih belum mulakan ulangkaji.
Entah mengapa, semakin hari, diri ini semakin hilang arah.
Saya seharusnya mulakan ulangkaji dengan secepat mungkin.
Satu minggu cuti yang akan datang akan saya gunakan untuk ulangkaji tanpa henti dari pagi hingga malam.
HARUS!
Sekarang sahaja dah malas. Gosh.
Pulang tadi jam 7 lebih, tapi sampai sekarang masih belum tukar baju dan mandi.
Apa kenalah dengan diri ini yang semakin malas dan bebal mungkin.
TIDAK!
Saya tak mau jatuh dalam kategori 'Bebalisme'.
No way!
Baiklah, akan saya pergi mandi sekarang dan membersihkan diri supaya segar untuk melakukan pekerjaan sekolah.
Apa saya masih terjejas dengan apa yang berlaku?
Ah, tak mungkinlah.
Tapi mungkin hati tak mampu berbohong lagi.
Okaylah, sampai di sini sahajalah celoteh yang tak berfaedah.

Entah apa angin hari ini, ingin sahaja berkongsi coretan harian dalam bahasa Melayu.
Maaflah kalau janggal, biasa juga, murid baru nak belajar. hehe.



Ku coretkan keindahan bahasa,
Untuk tatapan ramai
Seindah bahasa
Indah lagi sang penulis♥

No comments:

Post a Comment